SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan LS22 | Selangor FC 0 - 0 Sabah FC

Feb 28, 2025 - FAS

Selangor FC meraih satu mata daripada perlawanan menentang Sabah FC semalam dengan keputusan 0-0.

Perlawanan yang seimbang di antara Selangor FC dan Sabah FC. Kedua-dua pasukan banyak membuat percubaan namun tiada jaringan dicatat biarpun Sabah FC mempunyai peluang untuk menjaringkan gol melalui sepakan penalti, namun Kalamullah Al-Hafiz terus membuktikan kecekapannya di hadapan gawang Gergasi Merah, menindakkan penalti tersebut. 

Menurut Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, menyatakan keputusan seri semalam adil untuk kedua-dua pasukan.

“Tekanan bagi perlawanan semalam agak tinggi. Sabah memberikan saingan yang sengit. Mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, begitu juga kita, jadi keputusan seri bagi saya adil untuk kedua-dua pasukan. Kita perlu fokus dapatkan lebih banyak mata untuk kekal di tangga terbaik,” tegas Kinoshi

Setakat ini, Selangor FC kekal di tangga kedua dalam saingan Liga Super 2024/25 dengan 43 mata daripada 13 kemenangan, empat seri dan tiga kalah. Selain itu, 33 jaringan gol telah terhasil daripada 20 aksi yang telah berlangsung. 

Seterusnya, pasukan akan menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, sebagai pasukan pelawat bagi perlawanan ke-23 saingan Liga Super 2024/25 pada 8 Mac jam 10 malam.

Pihak Pengurusan ingin berterima kasih kepada 2525 penyokong yang telah hadir ke perlawanan semalam. Suara dan sokongan anda amat kami hargai.

Kami ingin mengucapkan selamat Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga bulan yang penuh berkat ini memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan kebaikan serta memberi kepada mereka yang memerlukan.

Demi Kebanggaan!